Thursday 28 June 2012

ADUHAI ABBY ABADI, HIJRAHLAH UNTUK KEBAIKAN TANPA POLITIK PAS

Kembali je jalan kebaikan adalah penghijrahan terbaik tetapi kita wajib melihat penyertaan kita melalui cara yang bagaimana.

PANASS!! Selamatkan Abby Abadi Dari Pembohongan Pas!! #Pasrabut

Pelakon terkenal, Abbay Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.

Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…
"Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?,".

Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi "batu api" apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.

Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.

Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.

Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.

Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.

Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti "talk show" Malam Keinsafan Bersama Selebriti yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru ini.

Program "talk show" setahu saya bukanlah ceramah politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.

Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.

Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali. Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.

Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik Aziz bergelar ulama.

Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa buah negeri.

Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.

Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak boleh dikecam atau dikutuk?

Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa "veto"nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga "mencarut" di dalam Al-Quran.

Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang melontar najis kepadanya?

Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf. Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.

Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik, rasanya tak payah berguru pun tak rugi…

Sumber: Mykmu.net
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 25 June 2012

BEKAS PEMIMPIN CABAR ANWAR BUAT KENYATAAN BERSUMPAH

KUALA LUMPUR 24 Jun: Seorang bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan bersumpah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung harta bernilai jutaan ringgit didakwa dimiliki Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali.

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu Fakrul Azmin Abu Bakar meminta Ketua Pembangkang itu dengan membuat kenyataan bersumpah itu dalam masa tujuh hari.

"Jika Anwar jujur dengan kenyataan akan beri kerjasama, maka kita meminta Anwar beri penjelasan bagaimana Azmin Ali boleh memiliki aset saham dan wang bernilai berjuta-juta sedangkan gaji Azmin hanya RM2,400 sebulan (pada ketika itu).

"Jika tidak, akuan kerjasama ini adalah satu lagi agenda putar alam Anwar," katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini malam Sabtu.

Fakrul Azman juga mahu Anwar memfailkan saman fitnah terhadap bekas Pengarah Penyiasatan Badan Pencegahan Rasuah Abdul Razak Idris, untuk membuktikan siapa sebenarnya yang bercakap benar.

Beliau juga mahu Anwar membuktikan yang beliau jujur untuk memberi kerjasama kepada SPRM dalam siasatan berhubung pemilikan wang, saham dan aset berjumlah RM3 bilion.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid dalam akuan berkanunnya mendedahkan Anwar, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1990-an, pernah mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERAPA BANYAK KERUSI PAS BERTANDING NAK JADI KERAJAAN PERSEKUTUAN?

Berapa Banyak Kerusi PAS Bertanding Nak Jadi Kerajaan Persekutuan?
Mungkin ada di antara golongan atas pagar hari ini tidak menyedari bahawa janji-janji PAS mahu menjadi pemerintah yakni menerajui kerajaan Persekutuan di Putrajaya sebenarnya hanyalah retorik politik PAS menjelang pilihanraya umum akan datang.

Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang berbangsa Melayu dan beragama Islam jangan tertipu dengan sandiwara PAS hari ini. Percaya ataupun tidak, program PAS Himpunan Hijau Ke Putrajaya sebenarnya merupakan cadangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sengaja meletakkan momentum sokongan rakyat khususnya daripada Melayu & Islam sendiri ke dalam parti yang kononnya berasaskan Islam itu.

Sedangkan hal yang sebenarnya, PKR dan DAP hanya menggunakan PAS untuk menarik sokongan daripada undi-undi orang Melayu yang terang-terangan sudah berpecah kepada beberapa puak. Ini adalah fakta dan bukannya auta daripada cybertroopers pro BN.

Cuma yang dirunsingkan ialah sejauh manakah tahap kesedaran orang Melayu itu sendiri memahami senario politik semasa dan melihat apa-apa perkara yang tersirat. Mungkin pada tersuratnya, janji Anwar Ibrahim dan bakal Timbalan Perdana Menteri Cina dari DAP nanti, Hak Istimewa Orang Melayu tidak akan disentuh dan apa-apa saja kepentingan Melayu tidak akan diusik dan dipertikai.

Tapi adakah itu jaminan yang kuat dari pihak Pembangkang yang cuba mengaburi pemikiran rakyat? Apakah ada janji-janji yang sememangnya diyakini tidak akan dilanggar mereka nanti? Adakah orang Melayu sudah lupa apabila hak-hak bangsa Ketuanan di sini sering dipertikaikan oleh kaum yang cuba berjinak-jinak dengan kiasu.

Adakah kita akan terus mempertahankan Ketuanan Melayu tanpa perlu bertegas menyatakan hak-hak istimewa ini akan terus dipertahankan dan diperkukuhkan demi kebaikan bersama? Adakah kita mahu terus mendiamkan diri dan membiarkan NGO Melayu yang berusaha keras mempertahankan hak kita?

Berbalik pada cita-cita tertipu PAS menuju ke Putrajaya. Satu perkara yang perlu diketahui umum dan semua puak-puak dalam PAS ialah untuk menjadi kerajaan persekutuan, PAS perlu memilik 112 kerusi di Parlimen. Bukannya hanya mempunyai 25 kerusi dalam Parlimen berbanding DAP yang jauh lebih banyak berbanding PKR.

PKR sudah tentu anytime akan swing ke dalam DAP demi mengejar cita-cita tamak mereka. Jangan terlalu percaya kaum pembangkang yang berlainan fahaman agama. Kaum ini hanya mengejarkan keuntungan semata-mata dan tidak akan berfikir kebaikan & keburukan jika sesuatu keputusan bodoh itu terjadi.

Undi Barisan Nasional, Insyallah Melayu dan kaum lain akan terus terpelihara,

Sumber: rezqeen hill blog
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 16 June 2012

HAJI TAK BOLEH TANGGUH KERANA PILIHANRAYA : MUFTI PERAK

SHAH ALAM – Ibadat haji yang merupakan Rukun Islam kelima wajib dilaksanakan bagi mereka yang mencukupi syarat dan ia tidak boleh ditangguhkan hanya kerana pilihan raya.

Pilihan raya bukanlah syarat ibadat haji perlu ditangguhkan kerana syarat menetapkan dalam menunaikan ibadat haji boleh ditangguhkan dan dikecualikan antaranya disebabkan sakit dan keadaan tidak aman.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, haji wajib bagi umat Islam yang berkemampuan seperti ada bekalan sepanjang berada di sana, tahap keselamatan yang baik dan tidak berada dalam keadaan nyawa terancam.

Menurutnya, bakal jemaah haji juga perlu mampu menyediakan bekalan dan nafkah yang mencukupi kepada ahli keluarganya yang ditinggalkan.

"Umat Islam yang mencukupi syarat wajib haji perlu menunaikan ibadah haji kerana sekiranya ditangguhkan, ditakdirkan bakal haji meninggal dunia pada waktu tersebut, kematian itu dalam keadaan seorang Yahudi atau Nasara," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu ahlinya (Pas) menangguhkan niat mereka menunaikan haji pada tahun ini bagi memfokuskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Harussani berkata, perkara itu disebutkan dalam salah satu hadis Nabi Muhammad SAW.

"Ia disebutkan dalam hadis dan menunjukkan kematian dalam keadaan sedemikian cukup berat. Jika kita meninggal dunia dalam keadaan mati seorang Yahudi atau Nasara, maka kematian tersebut dalam keadaan dosa besar," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataannya berkata, haji bukan ibadah yang perlu disegerakan dan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam.

Harussani berkata, kita tidak boleh menyatakan hukum pergi haji tidak perlu terburu- buru dan boleh ditangguhkan kerana sesiapa yang cukup syarat, maka wajib mereka menunaikan ibadat haji. - Sinar Harian

PS: baiduri nak tau juga apa komen PAS lepas ni. Nak kata apa lagi? Dok sound Arab saudi bagi kouta khas jemaah PAS buat haji musim lainker?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 13 August 2011

PAS TELAH BERJAYA...!!!!

nampaknya hamPAS di Pulau Pinang telah berjaya menjadi kuda tunggangan DAPig sebenar-benarnya...!!!....TAHNIAH!!.....kenapa Siti cakap macam tu ? Sebabnya

"hamPAS BERJAYA IKUT TELUNJUK DAPig SUPAYA KELUARKAN FATWA BARU TIDAK MEMBENARKAN BACAAN AL-QURAN SEBELUM SUBUH DENGAN ALASAN MENGANGGU KETENTERAMAN ORANG AWAM SEKITAR MASJID YANG LENA DI ULIT MIMPI"

APA SALAHNYA MEMBACA QURAN DI KALA SUBUH?...sudah lama masyarakat Islam terutama di bulan puasa membaca Al-Quran sementara menanti azan subuh...Semasa pemerintahan Kerajaan BN terdahulu di Pulau Pinang tidak ada pun rungutan mengenai masalah ini . Dulupun Pulau Pinang majoriti juga orang Cina/India tinggal di sebelah pulau tapi tiada masalah pun .Kenapa sekarang selepas DAPig memerintah semua tak boleh ? Kalau macam tu Majlis Fatwa Pulau Pinang juga perlu mengkaji amalan yang di lakukan oleh kaum Cina ketika upacara kematian mereka yang juga membaca macam-macam mentera yang menganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising...Amacam ?..ada berani ke....Siapa yang membaca artikel ini yang mana mereka pengikut hamPAS dan DAPig cuba kemukakan masalah ini kepada Majlis fatwa...boleh tak di ubah sama seperti yang di lakukan untuk menghentikan daripada umat Islam memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di pagi hari...

SEKARANG DI LARANG MEMPERDENGARKAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN KETIKA SUBUH...SELEPAS INI LARANGAN PULAK MELAUNGKAN AZAN DAN SETERUSNYA SEMUA YANG BERKAITAN AMALAN SUCI KITA SEBAGAI UMAT ISLAM AKAN DI JADIKAN SEPERTI MUZIK UNDERGROUND....TIDAK BOLEH DI PERDENGARKAN SECARA KUAT!!!!LU MAU BACA LU BACA BAGI LU SAJA DENGAR!!....DIAM-DIAM BACA SUDAH LAAA...APASAL MAU KASI SATU NEGERI DENGAR USTAZ OIII!!!...

Siti bukan nak menghasut cuma ini pendapat memandangkan semakin lama semakin banyak orang Melayu di Pulau Pinang di tindas dan di perkotak katikkan oleh DAPig dan hamPAS....BANGUNLAH SEMUA....JANGAN BIARKAN NEGERI KITA JADI SEPERTI INI..SAMA-SAMA KITA BERSATU TAK KIRA BANGSA DAN MENJAGA KEPENTINGAN MASING-M,ASING DEMI AGAMA , BANGSA DAN TANAHAIR....

SALAM RAMADHAN DARI SITI BAIDURI.......